Everything About Us~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 10, 2010

Kurangkan Bau Hanyir


1) Daun Jambu Batu
Untuk menghilangkan bau hanyir ikan@ ayam bolehlah digunakan dengan mengambil segenggam daun jambu batu. Daun tersebut hendaklah diramas-ramas di dalam air basuhan ikan tadi. Biarkan seketika dan bilas ikan@ayam tersebut sehingga bersih.

2)Limau nipis
Ambil 2 biji limau nipis dan potong sebanyak 2 bahagian. Air perahan limau nipis tersebut hendaklah dicampurkan sekali dalam basuhan ayam@ikan.Biarkan seketika. Bilas sehingga bersih.

3)Air Basuhan Beras
Basuhan beras sebenarnya amat berguna.Jangan buang begitu sahaja. Bagi yang belum mengetahui,air basuhan beras (basuhan kali 1& kedua)mampu menghilangkan bau hanyir ikan @ ayam. Caranya adalah dengan merendamkan ikan @ ayam seketika di dalam air basuhan beras tersebut dan kemudian bilas sehingga bersih.Insyaallah, ia mampu menghilangkan bau hanyir.

4)Tepung gandum
Tepung gandum bukan sahaja digunakan dalam pembuatan kuih muih, malah ia juga penting untuk menghilangkan hanyir ikan mahupun ayam. Cara2nya adalah dengan mengambil 3-4 sudu tepung gandum dan dicampurkan dengan basuhan ayam @ ikan.Biarkan seketika dan hasilnya amatlah hebat.Bau hanyir akan hilang.Jikalau di rumah anda kehabisan tepung gandum,bolehlah juga menggunakan sebarang tepung yang ada di rumah anda

~Selamat Mencuba~
Luv,
Mama Trex

0 comments: