Everything About Us~

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 31, 2010

Agenda Kami Berdua~


Entry: Gambar Poyo kami berdua






290110 (Tghari)
-Berehat2.
-Makan Nasi yang umi bekalkan (gulai nasi dagang)

-Bersiap2 nak keluar (ponteng kelas~)

-Uji pandu Mr Bettle Better (pergi ke sekolah)

-Pergi tgk movie "Adnan Sempit"
-Makan McD +Marrybrown

300110 (Pagi+Tengahari)

-breakfast kat Pelita
-G Queensbay (Hubby bagi bunga~Best
My hubby wrote this~missing 's' 4 always.Ni la jadinye bile Cikgu Sains yang tulis dlm BI

-Amek gambar bersama2

-Jalan2 n melilau2 bersama
-Membeli belah

-Balik hotel~berehat2~



Petang-Tgh Malam

-Pegi Gurney
-Jalan2 lagi.
-Tgk Movie "Avatar 3D"
-Obernite


310110 (pagi)
-Kemas baju hubby sbb hubby dh nak balik

-Antar hubby naek bas.

-Nangis!!
-Tengok hubby naek bas 2 tengkat "sedih lagi"
-Mr Bettle temankan trex blik maktab sorang2.








Friday, January 29, 2010

Alhamdulillah~

Dudukku pada pagi ini tidak seperti biasa. Semua perasaan bercampur baur menjadi 1.. Ternyata kehadiran suamiku yang amat tercinta memang dinanti-nantikan.

Biar satu dunia tahu yang aku amat menyintai dirinya dan mengasihinya. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan perasaan ini.Engkau peliharakahlah perhubungan kami, Engkau redhailah hati kami bersatu menuju syurgaMu..

Setiap waktu aku menelefonnya.Untuk memastikan yang suamiku selamat. Dalam kelas, hanya suamiku dalam fikiran~Cewawa~blushing!

Suamiku selamat tiba d Peneng jam 12 tghari~Alhamdulillah. Mr Bettle Better pun ada sama. Yang paling best tengok muka my darling, Mr Boyo. Lobiu berry2 mush..

Tenyit Mata Gatai~tit...tit..tit...

Wednesday, January 27, 2010

Welkam Friday

  1. Isnin (250110)-halangan lepas
  2. Selasa (260110)-halangan lepas
  3. Rabu (270110)-halangan lepas
  4. Khamis (280110)-Halangan bakal ditempuh dengan jayanya*
  5. Jumaat (Bahagia menunggu)
Empat halangan dan cabaran waktu di atas berjaya ditempuh oleh Trex dengan jayanya~ Hoho.

Sehari lagi perlu ku tunggu. Welkam Friday, Welkam...

Welkam Friday,
Welkam...
Welkam Friday,
Welkam...
Horay~


Nota ibukakiku;

Jumaat,cepatlah datang!!!
Jumaat yang diharapkan itu tiada kaitan dengan nama manusia.
Ia adalah salah satu hari dalam seminggu.

~Hari ini dalam sejarah~

Yabedabedoooooo......Elaun dah masuk!!! Pagi tadi masuk.Informerku adalah Mc T.

  • Kaya


  • Kaya


  • Kaya


Ngeh2...Spend your money wisely~

Tuesday, January 26, 2010

Arinanonano~ *whee*


Semalam Trex n Jaja kluar pergi Bukit Jambul.Planning nak format phone jaja n window shopping. Berjalan2 lah kami mengelilingi pasaraya...


Turning point entry hari ni ialah: kami menemui 2 helai tudung yang hampir sama warna n patternnya!Cuba lihat gambar ini:Kami memakainya bersama ke kelas.

Inilah tudung Arinanonano (Trex n Jaja bagi nama tue,biar komersial sikit*whee*)


Pagi:

Aktiviti ari ni Trex bergambar dgn my beloved tutor,Mr Choong sebab hari ni adalah hari last for our TUTORIAL.Means,ianya sudah berakhir..Sepanjang 6 tahun kitorang ada 3 tutor n inilah tutor yang paling best,sporting n happenning sekali..


Petang:
Ada seminar WCC (Woman Centre 4 Change)..Slide yang sama,video yang sama, presentor yang sama. (Kami dah melaluinya 3 tahun yang lalu).Tapi, seminar tu memang best dan kitorang dapat CD~Best2..Nak ajar budak2 sekolah nanti pasal sentuhan OK atau Tak OK.. Nak berlatih ping pong tapi x jadi.Balik terus ngadap laptop.


Malam:
Sandwich diet with baked beans+tomato n salad by Chef Trex n Chef Jaja~

Wit Luv,
Mama Trex

Tiring Day-Taklimat Praktikum

Hari ni trex ada taklimat praktikum.Hm,bosan sangat2 and tersangatlah letih..Ari ni duk sebelah Dila,Norish n myrummate,Jaja..Time bosan kacau Dila..Bukannye dengar pun taklimat 2.Sekadar pergi tunjuk muka je.

Tp at least,dapatlah sikit ilmu2 penting n yang paling x bestnye banyak assignment kena buat.BBM yang guna masa mengajar pun kena letak dalam portfolio. Ngeh2..Banyak sangat keje yang nak kena buat.

Lesson plan 2 of coz le kena buat hari2.Reflection pun sama..Isk2..Yang tak tahan sekali 2 kena juga tulis jurnal setiap minggu.Bertambun2 kerjaku sekarang ni.Action Research 4 etika pun kena buat jugak..BOSAN~

Part paling best:Makanan disediakan (Bihun+air teh je).-Insaf diri dwet x da.Makan FREE yabedabedoooo-

Ari neh Mr Saw ajak join team ping pong wakil maktab ke KAGUM (Kejohanan Sukan Antara Institut Pendidikan Guru di Malaysia)..Dia ajak kitorang (Zaheeda n me) join. Tak terfikir lagi nak join ke idak.Banyak benda lagi nak kena fikir.It is all about Praktikum~.Masa pun suntuk sangat2.Tapi bila bincang balik ngan Zaheeda cam best juga join team Ping Pong wakil maktab untuk kali yang terakhir. Biar jadi kenangan sebelum keluar maktab ni.

Esok da nak bertanding.Baru sekali je berlatih ari Jumaat lepas. Camne ni?Dah 3 tahun x wakil maktab..Aiyoyoyo........(Bodow rasenye sebab dah lama x main).



Nota ibukakiku:
Saya sayang bakat saya~


Monday, January 25, 2010

Lorong Gelap Hotel~

~Di sini tidak boleh melakukan sebarang aktiviti kemaksiatan~ Unsur2 lucah juga tiada dalam
Hotel ini..N no outside food allowed...

Senior Chef: Chef Norish
Assistant Chef: Chef Jaja
Meal Decorator: Chef Dila n Chef Trex
Cleaning Committe: Chef Jaja, Chef Rara n Chef Lala
Guests (VVIP) : Mimin, Bella (kebetulan datang sempat makan buah je), Intan, Illa, Amalina, Zaheeda (special delivery)


MENU OF THE DAY: TUNA SANDWICH BLENDING WITH LOVE
DESSERT: FRUITS (KIWI,HONEY MANDRIN,BANANA (SEKADAR HIASAN)..
DRINK: HONEY TEA

Idea untuk membuat sandwich ini datangnya dari myrummate, Jaja. Beliau telah mengidam nak makan sandwich sejak minggu lepas lagi.Oleh kerana elaun belum kunjung tiba lagi di dalam akaun bank kami, kami terpaksa menelan sahaja air liur yang ada. Al maklum la ongkos enggak ada. So, nak beli sandwich tuna kat Recsam Mart pun berkira. Nk beli RM1.80 for 2 slices.Rasa cam x berbaloi.So, berpakat2 la kami berempat membeli semua kelengkapan..

Cuba anda bayangkan, sandwich lazat dibalut dengan kepingan salad segar dan ranggup (sebijik macam salad mcD tu), ditambah pula dengan hirisan tomato merah yang segar yang kelembutan texturenya yang meruntun rasa..
Keenakannya pula ditambah dengan kepingan hirisan bawang besar yang
mengujakan....Arghh


Entry cerita berakhir di sini (Entry tergantung)


Gambar ini sekadar untuk tatapan umum:
Credit 2 my talented photographer a.k.a myrummate,Jaja

Sunday, January 24, 2010

Counting Days....Lobiu Berry2 Mush...

Monday

Tuesday

Wednesday

Thursday

FriDAY~Yeye~


Ekceli, skrg neh trex ternanti2 kehadiran orang paling trex sayangi iaitu my hubby, Mr Boyo. Myhubby akan datang ke Peneng next week...Tadaaaaa...Best2.

Dah lama betul x tengok wajah kesayangan Trex ni.Rindu teramat pada Mr Boyo..Dekat2 sebulan dah kitorang x jumpa.


Nanti kalau Mr Boyo sampai boleh la jalan2, dating ngan myhubby puas2.

Dating+jalan2 pimpin tangan+snap pic 2gether.Beshnye!!!



Nak enjoy puas2~

Mwah2.Kenyit mata sikit.Tit-tit~ Lobiu berry mush...


Love,
Mama Trex.


Nota ibukaki:
Suami saya akan melawat saya minggu depan..Saya bahagia bersama suami saya.Anda pula bagaimana?
credit to Papa jd photographer x bertauliah.Senget gambar 2~

Error in connection~

Hish...memang hari ni tahap kesabaran trex semakin menipis.Phone x leh guna.Nak call out x leh.Call in pun sama gak.Msg je yang boleh guna..Ni salah tepon ke salah C@*^!..Dah buat report dah semalam.Call tut servis guna phone jaja..Hish."Error in connection".Trex dh try semua cara n still doesn't work.Dah try tukar sim masuk phone jaja pn x leh.Gosok2 sim pun x leh jugak. Bil dah settle semua..Apa masalah sebenarnya ni? Trex pun x tahu.

Dah 1 hari x leh kol orang2 terpenting dalam kehidupan trex.Umi, my hubby n abah.Nyampah betul.Counter servis 2 cakap kena tunggu 24 hours dulu baru boleh ambil tindakan."Cik Atirah, begini la ye, Cik dah cuba masukkan kad sim cik pada telefon lain?",kata customer servis tuh. Dah..Dah try semua dah,jawab Trex yang separuh menggila ini..Cik duk di area mana sekarang ni? "Penang". Nanti saya semak ye, sim cik masih lagi aktif n x ada masalah dengan connection di sana..

Hish.Rasa nak campak2 je tepon ni.Tapi rasanya bukan salah phone pun.Ni mesti salah line tut ni...
Menyampah.Marah.Geram.Bodow2.

Tengahari ni trex nak call balik tut servis,Nak wat report lagi.Nak telan semua orang hari ni.
Nyampah!Oh Trex akan bertukar menjadi Naga+Singa.Dia akan menelan semua orang yang ada didepan matanya.Silap terus NGAP..

Nota ibukaki:
Pada yang dah terkena ngap itu...adakah anda masih selamat?

Wednesday, January 20, 2010

Micro Teaching

-
-
-
-
-
-
-
Need 2 improve more
~Dying wif "lesson planning n teaching"~

Omaigod!!

Hm, x besh pula rasa hati neh.Esok trex kna present mikro teaching tu.X pektis pun.camne la nak ngajo budak2 ni esok?Budak2 ni pom ektip semacam je (my classmates yg pretend jd students).Banyak tanya tul~pening kepala otak trex nk mikir esok.Omaigod~Omaigod

Entry ari neh trex nk cita pasal baju kek lapis.Ngeh2.Td trex pakai baju kurung kek lapis yang Mr Boyo belikan aritu.Nama baju tu "Pandan layer cake".Nama 2 my belob hubby yang bagi.Menarik sungguh nama tue~Thanks Hubby.Ecok2 belikan lagi tau.Pemurah betul suamiku cayang neh..Ni trex nk tunjuk baju kek lapis pandan yang trex pakai masa pegi kelas td:

Monday, January 18, 2010

Micro Teaching

Ngeh2..ari ni sibuk duk edit lesson plan ngan buat BBM (Bahan Bantu Mengajar) untuk micro teaching esok.Tension2.The Lucky Number 7 kena esok (Trex ler).Nak nangis+ tension sebab x siap buat lagi semua2.Topic yg kena ajar esok ialah Unit 10: Remarkable Achievers, Standard 6.Theme yang kena buat pula World of Stories and focused skill reading.Ntah jadi ape la esok.. Tadi dah lukis2 ngan warna2.Tapi kena lukis2 lagi.Banyak lagi yang kena lukis tu.Pas 2 pula esok trex kena present etika.Hm,slide pun x buat lagi.Bertambah+tambah+tambah tension.Otoman tolong!

Hadiah Best dr Abahku Cayang

Hm..x terkata rasanya bila abah hadiahkan Mr Beetle pada Trex. So, officiallynya Mr Beetle 2 dah menjadi hak milik Trex yg sah.Abah dah ada kereta baru.Baru je beli last week n sekarang ni kereta dia pun da nak sampai.Bak orang mengantuk disorongkan bantal~Trex menerima seadanya..So,nama kereta 2 pun Trex nak tukar jugak.Nak bagi nama baru coz kereta 2 dah ada tuan baru.Senang la nanti nak pergi praktikum..Memang dari dulu lagi abah dah janji nk bagi kereta Neo tu kat Trex.

Tp tunggu abah settle down semua dulu ngan kerja dia.Ni dah ada rezeki lebih sikit,abah beli kereta lain.Abahku itu sangat pemurah kpd anak2nya yg dua orang itu.x de la kes dengki-dengki antara trex n alongku sayang (abang).Masing2 da dapat kereta masing2.

Tapi ekcelikan my abah ni spen duit gaji dia untuk dirinya sorang je.Bab2 kecantikan no 1.Cakap je perfume ape,semua brand ada.Dia memang minat sangat2 ngan minyak wangi.Minyak wangi lovers...Time dia jadi baik,silap2 dia bagi adiah kat Trex (ikut mood dia).Kalau ajak pergi shoppin' perfume, boleh la bantai 1 (sekali lagi:depend pada mood dia).Umi pun selalu je dapat gift perfume dari abah.Tp, akhir2 ni abah da makin baik n pemurah.Dia belikan Trex gelang n oso baju sutera kreeb.Wow..Best2 lagi.Yahuuuu~Yabedabedooo~Sayang abahku ini. N for abah, nanti bila abah ada tournament bowling lagi adik nak ikut~saje,nak ambil hadiah.

Trex sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang penyayang n bahagia seperti yang Trex milikki sekarang.Dilimpahi kasih sayang seorang ayah dan ibu secukupnya dan kasih seorang abang yang tiada bezanya. Ya Allah,hambaMu ini amatlah bersyukur di atas kurniaanMu. Aku Mohon RestuMu, engkau panjangkanlah umur kedua Ibubapaku agar aku boleh membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.

Dan HambaMu juga bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang dan baik hati. Jodoh yang ditentukan itu adalah jodoh yang terbaik.Dan thanks to my hubby coz memahami dan sentiasa mendengar rintihan hatiku bila masalah menimpa diriku terutama tentang kehidupan seorang pelajar. (bila tension je time exam,suh Mr Boyo~my hubby~datang ambil x mo blajo-bodow tul la Trex ni)

Lagi tentang abah: Abah trex tu umurnya dah masuk 50 thn dah..Tp mmg berlagak cam muda.Ari tu abah dah insaf nk beli kereta "Honda" katanya.Besar sikit.Senang nak bawa cucu2 nanti.Tapi last2 minute tukar plan.Nk ambil kereta sporty pulak.Nanti kalau dah umur tua,
pakai pula brand yang cam orang tu lagi tua la, 'bak kata abah la'.So, dia tukar last week nk amik Swift pulak.Mengada2 nak jadi muda. Ngeh2.Tapi bila ditanya "abah,kereta kecil 2 nak bawa anak cucu cam mane nanti?" jawab abah: "cucu2 naik kereta mak bapak dia sendiri.Cucu2 x bleh naik kereta Tok Bah.Kereta Tok Bah hanya utk Tok Bah ngan Nek Umi saja..Membengkak hatiku~

Niway,thanks 2 my beloved abah.Trex bahagia menerima pemberian itu. My Mr Beetle pun dah nak sampai dah.On da way~Ngeh2.Tp cam nk tukar amik Swift pula rasanya nanti.Tengok la jika diizinkan.

Sunday, January 17, 2010

Lion TESCO~


Sila LihatHa,ni la dia naga TESCO~tujuan Trex hanya utk bergambar sahaja.QQ yang ambil gambo time tuh.Sonok2..

Sila lihat gambar di bawah.

Naga lagi..Ala2 lion dance.Cover2 ni.Malu.Orang ramai tengok~












Beli limau cina 1 kotak.Kongsi ngan Qq.16 biji sorang.Best2~Pas mkn kami pegi shoppin'.Ari neh shoppin' air mineral semulajadi TESCO n makan d Food Court. Makan Yong Tau Foo.Mahal sampai nak nangis.RM 10 skali ngan nasi putih 1 pinggan. Mahal2. Tamau mkn kt sana lg.Trex bukan anak orang kaya!Hahaha.kepada yang berduit?Anda kaya ke?

Nota ibukaki:
Kami balik naik teksi. kami ada pakcik Teksi.
Kami ada teksi. Kami Selalu naik Teksi..Anda?
Malas naik teksi?Hahaha~


Saturday, January 16, 2010

Makhluk Ganjil: Mcm raksaksa dlm Otoman~

Raksaksa kartun otoman ada kt Mesia.

Trex jumpa raksaksa 2 smlm. Cerita dia cmni. Kt hostel ni asyik je blckout. Td 1st time blckout tu time trex ngah mandi..Isk2.Takut2.Tambahan pula teringat kejadian malam jumaat smlm.Pasal nampak hantu.Isk2.

Sambung cerita tadi. Nasib baik la Intan mandi jugak time 2.Ada la teman nk borak2. Byk kali jgk la blckout.Menguji kesabaran trex betul..2nd time 2 masa tengah tengok CD "Wonderful Life". 3rd time pulak masa tgh sedap2 tido.(pukul 1130).Uji kesabaran lg.
Last2 buat bodo n tido je. Semalam trex tdo awal sbb pening kepala sgt2.
Pas je telan panadol terus tido.

Dalam kul 1230 kot.Pintu dketuk2...Masa 2 tgh syok tido.Buka je pintu nampak muka Qiqi.

"Trex,dalam bilik ada serangga pelik yg sangat besar.Takut".

Tanpa berlenggah, Trex pun pergi la tgk. Sesampainya trex di bilik Qq, nampak la muka Shira yg terlebih excited n muka amalina yang ...(aku x reti nak describe time tu), tp kat tangan dia ada senjata utk mempertahankan diri. Serangga apakah itu? Warnanya hitam pekat,cam belalang.Tapi besar.Isk2.

Dalam hati trex bermonolog (guna ayat ala2 novel 'bermonolog')
"x pernah tgk serangga camni. Ni pun boleh takut". Terus je trex halau.

Tiba2...Binatang tu mengeluarkan bunyi pelik yang sangat bising."Aiyayayayak" Bunyi camtu aa.

Kitorang pun berpelukanlah ketakutan.Aku, shira n qq bersembunyi disebalik langsir.Macam org bodo.mcm la langsir tu bleh selamatkan kitorg dari serangga tu.Amalina dh buka langkah kuar bilik dah. Tinggal kami ber3 je time 2..Terus je kuar n lari sekuat hati.

Time 2 juga la Ai Theng kuar.Berceritalah kitorang pasal binatang yg pelik itu.Ai Theng x caya yang binatang 2 buat bunyi pelik cam yang kami describe 2.

Trex: Ai Theng, it looks like Ultraman (otoman) punya raksaksa
Ai Theng: Really?
Amalina: Ya.betul.You sendiri la tengok.
Ai Theng: X percaya.
Dia pun cuba halau binatang 2.Sekali lagi bbunyi"Aiyayayayayak"

Gangguan berlaku:Amy cam muka x puas hati keluar dr bilik.Mgkin sbb bunyi bising yg ganggu dia tido.Muka Marah aa time 2.X kira.Kami pun berlari ketakutan lagi.Padahal sblm 2 aku pening kepala.Tiba2 je sembuh.

N last skali, Qq tido kat bilik Trex sbb takut~Takut jgk nk biarkan Qq n raksaksa Otoman itu.


Raksaksa Otoman


Senjata Halau Raksaksa Otoman

Nota ibukaki:
Rupa2nya baru pg tadi segala ketakutan n kemusykilan tentang raksaksa otoman telah terbukti. Zaheeda yg ckp bhwa Raksaksa otoman itu rupa2nya adalah Riang-riang. Pernahkah anda dgr nama itu?Trex pun x tahu nama tu.Nama2 serangga di Mesia pun x tahu.Sowi~Riang-riang..
Align Center

Thursday, January 14, 2010

Mr Beetle Better~

I lob u

Can't wait 2 c u~

Be mine forever.




Nota ibu kaki:
Thanks 2 abah 4 his generous, kindness...
Hugs n kisses
Mwahh~

Sunday, January 10, 2010

Kurangkan Bau Hanyir


1) Daun Jambu Batu
Untuk menghilangkan bau hanyir ikan@ ayam bolehlah digunakan dengan mengambil segenggam daun jambu batu. Daun tersebut hendaklah diramas-ramas di dalam air basuhan ikan tadi. Biarkan seketika dan bilas ikan@ayam tersebut sehingga bersih.

2)Limau nipis
Ambil 2 biji limau nipis dan potong sebanyak 2 bahagian. Air perahan limau nipis tersebut hendaklah dicampurkan sekali dalam basuhan ayam@ikan.Biarkan seketika. Bilas sehingga bersih.

3)Air Basuhan Beras
Basuhan beras sebenarnya amat berguna.Jangan buang begitu sahaja. Bagi yang belum mengetahui,air basuhan beras (basuhan kali 1& kedua)mampu menghilangkan bau hanyir ikan @ ayam. Caranya adalah dengan merendamkan ikan @ ayam seketika di dalam air basuhan beras tersebut dan kemudian bilas sehingga bersih.Insyaallah, ia mampu menghilangkan bau hanyir.

4)Tepung gandum
Tepung gandum bukan sahaja digunakan dalam pembuatan kuih muih, malah ia juga penting untuk menghilangkan hanyir ikan mahupun ayam. Cara2nya adalah dengan mengambil 3-4 sudu tepung gandum dan dicampurkan dengan basuhan ayam @ ikan.Biarkan seketika dan hasilnya amatlah hebat.Bau hanyir akan hilang.Jikalau di rumah anda kehabisan tepung gandum,bolehlah juga menggunakan sebarang tepung yang ada di rumah anda

~Selamat Mencuba~
Luv,
Mama Trex

Bunuh Cacing dengan segera!

Cacing patut dibunuh.Bukan sebarangan cacing yang perlu dibunuh.Cacing yang perlu dibunuh ini adalah cacing yang telah lama bermaharajalela di dalam perut anda itu. Cacing tersebut amatlah berbahaya dan ianya perlulah dihentikan populasinya dengan menelan ubat cacing yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.
Bagaimanakah cara mencegah jangkitan cacing?

Artikel ini Trex petik dr website:

http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik4.html
Oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Isa Abd Majid,Pusat Racun Negara, USM

Mencegah Jangkitan Cacing

(Bahagian 11)
Mengenalpasti masalah kecacingan

Secara ringkas tanda-tanda kecacingan bergantung kepada jenis cacing yang terlibat dan bagaimana cacing ini boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada perumah. Secara umumnya, tanda-tanda yang berlaku boleh diringkaskan seperti dalam jadual di bawah.


Rawatan kecacingan

Untuk mengatasi masalah kecacingan, dua langkah rawatan yang ditekankan ialah pengambilan ubat untuk membunuh atau mengeluarkan cacing dari dalam badan dan meningkatkan tahap kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan semula cacing. Di antara langkah-langkah meningkatkan tahap kebersihan diri yang boleh diamalkan ialah:

* Memakai kasut apabila berjalan keluar dari rumah. Jangan sesekali berkaki ayam kerana larva cacing boleh mengorek tapak kaki untuk masuk ke dalam badan.

* Perlu diingatkan bahawa telur cacing yang melekat pada pakaian dalam berupaya menjangkiti orang lain.

*Mandi dan cuci bahagian dubur untuk mengelakkan telur yang dilekatkan pada bahagian tersebut.

*Jangan garu pada bahagian dubur. Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pada kawasan tersebut.

*Selepas kanak-kanak yang dijangkiti membuang air besar, cuci tangan dengan teliti. Cuci bahagian celah kuku untuk mengeluarkan telur cacing. Kerat kuku kanak-kanak sehingga pendek untuk mencegah telur cacing terlekat di celah kuku.

*Cuci tangan dengan teliti sebelum makan atau selepas membuang air besar.

Jenis cacing&Tanda-tanda penyakit

Cacing kerawit

(ancylosotomadoedenali necator americanus)


Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.

Cacing gelang

(ascaris lumbricoides, ascaris suum)


Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.

Cacing rambu

Enterobius vermicularis


Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan.


Jangkitan cacing&Ubat yang digunakan

Terobius vermicularis


Mebendazol atau pirantel pamoate

Ancylosotoma duodenale


Mebendazol atau pirantel pamoate

Necator americanus

Ascaris lumbricoides

Mebendazol atau pirantel pamoate

Necator americanus

Bagi merawat cacing yang terdapat di dalam badan perumah, terdapat dua jenis ubat anti cacing yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah kecacingan. Kedua-dua jenis ubat ini boleh diperoleh dari ahli farmasi atau setelah bertemu dengan doktor perubatan. Kesesuaian ubat tersebut bergantung kepada kos dan jenis cacing yang menjangkiti perumah.

Ubat mebendazol mempunyai sifat tidak terlarut di dalam air dan apabila diambil melalui mulut, ia tidak boleh diserap melalui saluran perut-usus untuk masuk ke dalam darah. Dengan demikian, ubat ini hanya berada di dalam saluran perut-usus sahaja sehingga ia di keluarkan melalui najis. Apabila ubat ini sampai kepada cacing yang terdapat di dalam saluran usus, ia akan menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya. Dos yang disyorkan kepada kanak-kanak ialah 100 miligram dengan sekali pemberian dan sekiranya masalah kecacingan berulang semula, dos yang sama diulangi selepas dua atau tiga minggu kemudian. Ubat ini tidak disyorkan kepada pesakit yang mengalami masalah sensitif kepada ubat ini atau ubat-ubat lain. Dalam keadaan pesakit yang mengalami masalah kegagalan hati atau buah pingggang, dos yang diberikan perlu dirujuk kepada doktor yang biasanya akan mengurangkan ubat yang diambil.

Ubat kedua boleh digunakan ialah pirantel pamoate. Ubat ini juga tidak larut di dalam air dan apabila dimakan. Ubat ini boleh mempunyai kesan sampingan sama seperti mebendazol dengan kesan sampingan seperti rasa mual, muntah, sakit perut, tiada selera makan dan cirit-birit. Ianya tidak boleh diberikan kepada pesakit yang menghadapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang atau hati.

Dari segi tindakan ubat, ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis. Dos yang disyorkan kepada kanak-kanak adalah berdasarkan kepada berat badan kanak-kanak iaitu 10 miligram bagi setiap kilogram berat badan yang diambil dalam satu dos tunggal sahaja. Kebiasaannya jika seorang ahli keluarga dijangkiti cacing, maka rawatan perlu diberi kepada setiap ahli keluarga untuk mencegah setiap jangkitan cacing. Nasihat serta perhatian doktor perlu diperoleh sebelum memulakan rawatan dengan ubat.

~Diharap info di atas berguna dalam mencegah jangkitan cacing dikalangan orang yang tersayang~


Note:Last makan ubat cacing masa sekolah rendah.

WANTED!!!


DESCRIPTION:

Gambar di atas tersangatlah diperlukan oleh Ketua Cacing. Orang terbabit telah melakukan kesalahan dengan menelan pil Zentel yang meragut lebih berjuta2 warga cacing dalam kawasan Perut Trex, Jaja, Izzati, Norish, Amalina, Zaheeda, Shira n Ms X (dirahsiakan identiti).

Nama mangsa pembunuhan yang terlibat:
-Cacing Kerawit n anak beranak
-Cacing Pita n saudara mara
-Cacing Cambuk+isteri
-Cacing Gelang+tok n nenek &seangkatan dgnnya
-Cacing Kait (masih bujang)
-Cacing Benang+orang gajinya
-Cacing Biasa+seluruh ahli keluarganya terlibat.

Senjata yg digunakan Pembunuh:


Pil Zentel yg dibeli di Watson kt Tesco Peneng


Diharap semua dapat bekerjasama~



Saturday, January 9, 2010

Nk pandai masak~

Hm,utk tahun ni, Trex bharap sgt yg trex dpt improvekan lagi skill masak memasak Trex yg serba kekurangan ni. Bknnye ape, Trex rasa malu bile masak mkanan kt suami tu terlebih n terkurang garam n gula (mksud:x sedap sgt masakan Trex ni. Failed!)Malu gak diri Trex ni. Dh nk wt cmne kn,Trex ni budak br blajar.Baru jew tempuh alam ni semua..Tahu masak pun yg basic2 jew..Tp, trex harap dpt lew improve dgn bantuan org2 d skeliling n buku masakan.Isk2..

Buat hubby Trex, sabar la ye. Makan dgn penuh sabar~ N thanks coz sudi bg komen2 yg membina n oso thanks gak sbb sudi mkn mkanan yg syg masak walaupun x sedap~

Tahukah anda?
Suami Trex semakin gemuk krn mkn makanan yg trex masak.Walaupun x sedap,ttp licin lauk 2.Kl trex da pandai masak nnT,so jd makin makin gemok la dia nnT.Suka!

Friday, January 8, 2010


Birthday Cakes from WiddlyTinks.com


I'm so glad that God gave me a brother like you~
May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.

Thursday, January 7, 2010

Sk Sg. Nibong

Yeye..trex da tgk dh sek tmpt trex praktikum ptg td..Sek 2 tepi jln besar tp quite busy la kl wtku pagi.tp xpe la. sek 2 keadaan cm memanjang je ke blkg. Means sek 2 x la sbesar sek lain. dr luar trex x nmpk pdg pn.Ada padang atau x im not sure..About transportation yg trex rungsing ari tuh da ada penyelesaian.Alhamdulillah.Syukur pd Allah yg memberi segala kemudahan..Amin.Sblm ni, trex bcadang nk tumpang je Bella.Tp bile da survey td, jln ke sek Bella 2 x sama.So, x bleh la.Tp x pe, at least ade yg sudi nk tumpangkan.Niway, credits 2 Bella~Thanks taw.

Movie Day~Sherlock Holmes

Smlm trex,qq,jaja,aminah n faisol pegi tgk muvie kt prangin mall.Citer 2 best gak aa..Bleh la. Tp dpn2 2 quite boring la. sampai ttdo trex tgk citer 2.Ngeh2..Akceli ktorg pegi sbb ade tiket free Cathay. Free tiket+popcorn+air. Best aa. Skrg Cathay ngah wt promotion.Beli tiket hrga RM30 (kongsi) bleh 20 tiket free..Pas 2 plan ktorg nk tgk sek time praktikum nnt.1st skali pegi tgk sek Faisol kt air itam, sek Min n den sek Qq, Sek Convent Green Lane..Tp sek trex n jaja kitorg nk tgk esk ptg coz dh x sempat.. Sek Faisol best sbb dkt ngn Sunshine.Bley shoppin'.Ngeh2..
Strategik~
Ngeh2.

Wednesday, January 6, 2010

List 4 2010*

Masuk je tahun baru~semua nk yang baru..Tatau lew bile bleh capai semua angan2 neh.. Tapi nk jgk..Rase cm bende2 ni semua penting sgt..cam mene pun Trex akn cuba dptkan jgk.Ni 10 top things yg Trex nak dapatkan dlm 2010 neh.Doakan semua neh trex dpt beli ngan dwet trex sdiri.

1) DSLR Camera
Kan kl ade kamera canggeh cmni kan best. Leh amek gambo byk2. Gambo pon canteq. Kualiti 2 mmg byk beza ngan kamera yg trex ade skrg neh. Langit ngan bumi.Mmg best aa kl dpt beli neh..Medium yg trex gunakan utk mgambil gambo thn 2009 ialah kamera handphone n smasung 8.1 megapixel.Bleh lew tgk sgala jrawat2 yg adew d muka trex dgn jelas lagi nyata! Wow~kagum2!


2) Jam Tangan
Trex ni mmg jenis yg x bleh pakai jam tangan.Bukannya x mampu. Bleh jew Trex beli yg kt Pasar Malam yg murah2. No hal, as long as quality dia bgus n berbaloi.Tp yg x bestnye trex ni jenis yg allegic teruk ngan brg2 steel/silver especially jam,rantai,anting2 n much more..Bile tkena jew kulit, gatal yg amat. Tp diTEGASkan ianya amat DIPERLUKAN dlm masa terdekat sblm praktikum.Kang anak murid tanya pukul brape ssah lak jwb.Malu2~

3) Broadband
Menatang neh jgk amat diperlukan."Berukband" utk kesenangan Trex utk cari bahan2 tuk praktikum nanti.X kesah la "monyetband" or "keraband" asal dr family BERUKBAND 2 da mmg tersangat2 best.
Dulu,thn sblmnye da pasang niat nk pkai berukband tp dbekukan sbb nk simpan dwet utk kawen.Ngeh2..tpaksa lew tumpang2 insan yg bersimpati pinjamkan berukband utk trex guna.Thanks**ahaks lots ahaks



4)Electronic Dictionary

~walking dictionary~mudah, senang.Easy carry n access.

5)Mini Laptop
Nk laptop mini yg kecik mcm shikin.Nk main tenet.Laptop lama x tahan battery da.

6)Purse
Hish...nk dompet baru.Ari tuh kezen ckp purse Bonia trex dah buruk. Jahat Mulut~mulut x da insuran. Leser!x suka!

7) Beg Praktikum
Nak beli beg utk pektikum.
Spesifikasi yg diperlukan:
-Besar
-Boleh menampung berat sgt berat (aroud 5kg)
-Boleh letak buku rancangan mengajar
-Boleh sumbat segala2 harta benda yg ada

8) Handbag
-Nk melawa. 1 utk trex n 1 utk umi.

9) Kasut Praktikum+ stokin (sarung kaki)
Nk jd cikgu kna pkai kasut n sarung kaki. Br ade disiplin n layak jd cikgu.Nk cr kasut yg selesa n x seksa kaki kl pakai nnT time g sek.

10) Glasses
Da lama x tukar.Power pn da naek.

Praktikum?

Salam..
kptusan praktikum br sj diumumkan ptg tadi.Bmakna, smua kekusutan pun terlerai la. At least, dh lega dh sket bila dpt tahu partner n supervisor (lecturer). Alhamdulillah, trex dpt sek yg x la jauh sgt dr mktb tueh. Dalam 15 minit sampai la.. 2 pun depends la pd options yg ada:

a) naek bas (kena tgk dlu jdual bas* berbaik2 dgn Pakcik RapidPenang)
b) teksi (cekik darah!! RM 15 sehala= RM30 sehari)
c) drive sendiri (trex ada byk dwet ke??adakah anda ini anak org kaya?)=tidak
d) **

Ikutkan hati, mau je pilih yg (D) tueh.Tp x leh, kna gak pegi pektikum.Insyaallah, ada jalan pyelesaian. Trex x la rgsing sgt...Partner pn kira ok la.Pair ngan Samini. x pernah lg trex deal ngan dia sblm ni. tp x thu la. Everything will be fine~~hope so..Ni semua unit pektikum yg tentukan. x bleh pilih2 partner.Tp yg bernasib baik 2 ttp ada..Msing2 ada kelebihan tsendiri. Sek yg trex dpt adlh Sek Keb Sungai Nibong. Kira cm sek harian biasa yg muridnye average je kot..or mayb bdk2 terror ade kt sane.Huish...takut2.cmne la Ticer Trex yg small size ni nk msuk kelas.Takut2..

Supervisor or lecturer pembimbing ialah Pn Malar (Xpernah dgr pn nama tu).Hish..tatau dr jabatan mana.English department or not. Hish.Arap2 dpt lect yg best n x strict sgt n oso senang nk bbincang.Ya Allah~aku mohon kpdMu diberikan kemudahan dlm stiap pergerakan hambaMu n diberikan kesenangan dlm stiap perkara yg dilakukan**~

Wif Luv,
Mama Trex (*--*)

Tuesday, January 5, 2010

Oh Mertuaku~

Entry kali neh trex nk bercerita pasal mak mertuaku syg. Last week trex blik kg coz x da class 4 5days. so apa lg? Trex pun cr la ticket blik ngan Qq kt Sungai Nibong tueh. Kepulangan trex ms tu mmg tepat pd masanye coz mak mertua pun x sehat sgt. demam sket2+pening2. Trex n hubby pun trus je blik umah mertua..Smpai 2 dlm pkul 4 pg. Trus tdo.Bgun jew pg tueh smua tkejut. Sbb x tahu menatu ksygan mereka nk blik..Hehe. Trus je trex msuk blik mek (panggilan utk mak mrtua) picit2 n urut2. Pas 2 sediakn breakfast+ milo.Tp mek x mkn pun..X da selera katanye..

So, ayah decide nk antar mek ke hospital. Ms tu pkul 9 pg. Trex pun ikut skali n x mandi pun coz da lewat sgt da.Gosok gg jew..Hubby x pegi sbb ade tuisyen.Hubby amanahkan trex teman mek kt hospital. Smua kelengkapan trex da sedia.Tkut2 kna tahan kt wad.

Smpai jew kt hospital trus g kt kcemasan n doktor buat pmeriksaan n kptsan mek ada darah tinggi. doktor bg ubat n 3 injection.. Alhamdulillah..semuanya pulih seperti sedia kala slps mek rehat+ mkn ubt yg dberikan..Time tggu mek kt hospital 2, tpikir jgk trex. Kesian kt mek kl trex x blik. Sape yg nk temankan?Siape yg nk masak tuk ayah, hubby n adik amin? Semenjak hari tu, trex yg pikul smua tugas2 mek. Masak n sbagainye. Best2...Laalalala...Trex da pandai masak dah sket2. Hubby pun makan byk!

Suke~~~

Praktikum..Bila?Dimana?Siapa?

Hm..smlm khabarnya list praktikum dah dkeluarkan. Tp..x muncul2 jgk. Mayb ari ni kluar la. Ternanti2 jgk trex ni, kat sek mane la trex dtempatkan n partner pektikum plak siape agaknye. Hish. rungsing jgk la hati trex ni. Satu lg, nk g pektikum ngan ape? Transport x dew.. Harap2 dpt sek yg dekat2 + partner yg best n oso supervisor yg best. Hope so..

To My Mr. Beetle Better: Bila nk dtg peneng ni?

2010~langkah baru**

2010 mmg thn yg sgt2 dnantikan. byk agenda yg terancang dlm fikiran trex. impikan yg terbaik utk diri, hubby n oso my family. thn 2010 ni jgk la, trex akn abeh study.Yeye!! Meaning dat, trex akn jd Ticer x lama lg..

Tahun ni jgk la trex nk concentrate pd keluarga baru yg trex bina bsama insan tersayang trex, my hubby: Mr Boyo.. Rancangan untuk mbina kluarga bahagia bsama anak2 kami pn sudah terancang dlm fikiran kitaorg. Mayb lps je abeh study, diizinkan Allah..nk bby yg comei2.

To my beloved umi n abah, trex bjanji akan jd anak yg terbaik utk umi+abah n yg paling penting trex nk antar umi n abah g haji dulu. Insyaallah jikalau diizinkan Allah. To umi, jgn risau, adik kan sentiasa disisi umi.Posting pom, confirm aa..sekolah dkt2 umah jew..N to my abah, hope dat Mr Beetle 2 jd kepunyaan adik x lama lg~hehe..Kem salam kat Mr Beetle Better~Lobiu..Mr Bettle Better Orenku cayang.

T0 my beloved n charming along, hm..jgn risau.Adik kan settlekan semua persiapan tunang n kawen along. Haha.. n adik n umi volunteer nk jd wedding planner along. Gaji kami lebih sket ye!! Insyaallah kebahagiaan along, kebahagiaan adik jgk.

To ma n pa in law: Hehe, kakak nk blajar masak sampai pandai.Janji. Laen kali masak best2.. No more terlebih n terkurang garam n gula dlm masakan..N janji jgk nk jaga mek n ayah sampai bila2..Doakan menantumu agar dikurniakan kebahagiaan d dunia n akhirat.

To adik Amin: Jangan kentut busuk2 lg. Kentut tu cover sket!! Jangan mkn byk. Diet sket. Nanti bila dh gemuk terlebih2, susah nk kurus. Simptom sindrom down yg dibuat2 tu kurangkan.Adik dah besar! Kakak syg kamu!!